Saturday, 20 February 2016

Mak ai.. lama bebenor..

Memang kalau dah makan bertahun, memang istilahnya lama. Last post dah x igt. Malas pulak tu nk roll back. Biarlah. Jengah pun tidak. Tiba-tiba hari ni termasuk sini. Baru ingat.. rupa-rupanya..aku ni ada blog. Dh bersawang ni. Sibuk mmg sibuk. Semua org sibuk. Itu kl nak create reason. Tp rasa2nya sebab utama ibu x berN3 kat sini tentulah sebab ada penyakit M.. hihi.. M  A  L  A  S. Sebab lain skrg ni dh mcm2 medium nk konteks sapa2. Ig lah, FB lah, telegram lah dan yg paling x sempat layan whatsap. Mcm2 grup ada. Anak2 kt sekolah pun pandai buat grup sendiri. Suka2 hati diaddnya kita. Kita left dia add lagi. Biarlah.. namanya anak2..
       Bertahun x jengah sini, macam2 perubahan berlaku. Yg penting perubahan kat ibu. Ibu semakin dewasa..hihi.. dewasalah sgt..dh 50an tu..Anak-anak pun tinggal sorang ja lagi kat sekolah. Yg sulung mewarisi kerjaya ibu. Alhamdulillah..Yg lain masih mencari hala tuju masa depan. semoga Allah permudahkan anak2 ibu dan murahkan rezeki mereka. Kerjaya ibu pun dh x sampai 10 tahun lagi. Dh start countdown. Tp semangat belum down. Masih meneruskan tugas & tanggungjawab macam biasa. Tp xlah segagah dulu. Buat apa2 x boleh kelam kabut. Kena slo n steady. Janji keja siap.
      Cukup duu utk kali ni. Ada keja lain menanti. Insya Allah ada masa ibu sambung lagi. Wassalam...
Ini gambar raya tahun bila pun x ingat.


Sunday, 23 June 2013

Mak ai, sibuk nya...

         Memang lama. Sangat lama. Dh 2 bulan tiada n3 baru. Aduh, sibuknya ibu. Banyaknya keja. Bab2 sukan dh selesai. Ni sibuk dgn kertas kerja. Sekolah ibu sekolah SBT (Sek Berprestasi Tinggi). Sbg SBT, sekolah ibu menerima RM 700,000. Dpt duit byk, program dan aktiviti pun kenalah byk. Bila byk prgram, byklah kerja. Mcm ibu, ditugaskan buat 6 kertas kerja. Disebabkan ibu ni SULDP, maka program yg berkaitan dgn ibu ialah merancang dan mengendali kursus dan lawatan utk guru2 dan staf sekolah. Ini baru siap 4 kertas kerja. 2 lagi dalam proses. 3 program dh selesai dijlnkan. Alhamdulillah.


Kedua-dua gambar kt atas merupakan inhouse training bt kt sekolah.

          Skrg ni, kurang sgt memasak. Tak sempat. Lg pun kt umah tinggal adik dan kakak ja. Dua beradik tu selalu balik sekolah lewat. Makan mlm depa nk simple2 ja. Ibu masak kalau semua ada kt rumah. Kalau abg 2 org tu balik, masak la juga. 
          Lg satu, bila sekolah dpt SBT, byklah terima pelawat, terutama guru2 dr sekolah lain. Slps cuti penggal baru ni, sekolah terima dekat 10 permohonan lawatan dr sekolah2 lain. Semalam, walau hari Sabtu, ada lawatan dr 2 sekolah dr Pulau Pinang. Setiap Sabtu pasti ada lawatan. Kebetulan ibu dok buat kelas tambahan hari Sabtu, so selalu la bertembung dgn dorg. 
          Org dtg melawat sekolah kita, kita pulak bt lawatan ke sekolah lain. Ya la, nk tgk juga sekolah2 lain yg lebih canggih. Bulan Mei hari tu, sekolah ibu melawat ke SK Bt Damansara dan SK Setiawangsa di KL. Ini merupakan salah satu prgram di bwh tggjwb ibu. Kedua2 sekolah ni mmg hebat. Tgk lah gambar2 masa kt KL..



Gambar2 kt atas di SK Bkt Damansara




4 gambar di atas di SK Setiawangsa

          Begitulah adanya antara aktiviti yg membuat ibu sedikit sibuk. Kalau ada masa ibu akan update lg, insya Allah..Wasalam..


Saturday, 23 March 2013

Negara kita..






          Sapa2 yang tengok  gambar kat atas tentu tau isunya. Kalau x salah ibu kehadiran kumpulan Suluk dari Filipina itu mula dikesan pada 11 atau 12 Februari yang lalu. Maksudnya dh lebih sebulan puak pengganas tu ada kat Sabah. Ibu mmg sangat mengikuti setiap perkembangan krisis ini. Kalau sblm ni ibu membaca s/khabar ala kadar saja (bukan x baca, tp baca sekali lalu). Bukan x suka membaca, tp ada sesetgh perkara ibu x suka spt perbalahan antara sebangsa dan seagama yang ibu nampak makin menjadi2 skrg. Bangsa ibu dh jadi hilang pertimbangan. Saling tuduh menuduh dan aib mengaibkan. 
          Tapi bila berlaku pencerobohan di Sabah, setiap hari ibu mesti baca suratkhabar, tgk tv, buka web2 dalam dan luar negara. Walau ibu hanya guru veteran, tp smngat ptriotisme ibu x pernah tua. Ini tanah air ibu, sama ada di Perlis, Kelantan, Sarawak atau Sabah, ini bumi Malaysia. Manusia apa yg begitu berani melangkah ke tanah ini, bermaharajalela dan membunuh anggota keselamatan kita. Walau apa pun alasan mereka, mreka x boleh sesuka hati membuat honar  di sini.
          Dan lebih sedih ibu, bila isu ini menjadi bahan pelbagai pihak untuk menangguk di air keruh. Ini pun jadi bahan politik?? Gila!! Memang orang politik x kan pernah sebulu. Itu ibu faham. Orang politik sentiasa mencari isu untuk mengalahkan pihak lawan. Itu juga ibu faham, sebab tu ibu x suka ambik tau.Tp alangkah indahnya kalau soal yang melibatkan maruah agama, bangsa dan negara kita bersatu. Kita sama-sama mempertahankan hak negara kita. 
          Negara kita juga sering diperlekehkan di Indonesia, sekarang kita juga dihina di Filipina. Di mana orang2 yg pandai bercakap tu? Berani mereka hanya di pentas sendiri. Sangat berani, sampai sanggup saman menyaman. Tapi apabila negara diejek di luar sana, mana mereka? Tak keluar langsung suara..Apa nak jadi tanahair ibu ni??..
          Ibu x rasa ibu sorg yg rasa mcm yg ibu rasa. Ibu baca bebrapa web dan blog, ibu juga berbual dgn beberapa kenalan. Mmg ada golongan yg berfikiran mcm ibu. Risau dgn apa yg berlaku di negara kita. Tp ada ke org yg ambik tau dan prihatin dgn pandangan dan kerisauan org2 tak penting mcm kami..
         Beberapa hari lepas, ibu ada terjumpa bekas anak murid, seorg doktor muda. " Tahniah, tercapai jg cita2 awak. Dh dewasa ni. Dh boleh mngundi ni..."
          Jawab doktor muda tu,"Malaslah cg, bknnya saya tau nk pilih sapa. Depa ni semua sama. Kalau boleh kutuk org, kutuk rapat. Hipokrit.."
          Sedih dengar ayat dia tu..Ramai ke yg mcm ni..Ibu kena buat sst kot kt sekolah. Apa agaknya yg boleh ibu buat kat anak2 di sekolah supaya kita dapat mengubah generasi akan dtg. Skrg ni pun kl mngjr ibu selitkan jg nilai2 kenegaraan, cintakan negara, menghargai keamanan dan menghargai pengorbanan pasukan keselamatan negara.
         Buat wira2 negara yg telah kembali kepadaNya, ibu sedekahkan Al fatihah. Semoga keluarga mereka sentiasa tabah dlm meneruskan kehidupan ini..
          

Wednesday, 20 February 2013

Beri hitam z10...

          Hp ibu mmg yg nokia klasik. Dh lama agaknya dh mula buat hal. Kdg2  miss call atau sms, dia x save. Maksudnya memori dia ada problem. Al maklumlah..dh lama pakai.. Saja tgk2 hp terkini, jumpa lah bb z10 ni. Tak da hasrat nk beli pun, sbb mahal sgt dan ibu pun x perlu hp yg canggih mcm ni. I just need the simple n basic one..x perlu androi bagai tu.. Ni saja..dh terjumpa saja share kt sini..



SPESIFIKASI BLACKBERRY Z10
HARGA BLACKBERRY Z10 DI MALAYSIA
          Telefon yang bakal beroperasi pada BlackBerry 10, Z10 dikatakan bakal dilancarkan di Malaysia dengan harga RM2,199.
           Z10 mempunyai skrin yang direka khas untuk input sentuh yang tepat menjadikan proses menaip pada papan kekunci BlackBerry lebih cepat menggunakan teknologi terkini untuk memastikan imej yang terperinci dan jelas.
           Peranti dan perisian BlackBerry 10 direka bersama-sama ciri baru iaitu Balance yang mampu membahagikan telefon BlackBerry kepada dua ‘peranti’ yang berasingan, satu untuk bekerja manakala dan satu lagi untuk kegunaan peribadi.
          Ia mempunyai dimensi:130 x 65.6 x 9mm dengan berat 137.5g bersama skrin 4.2 inci, 768 x 1280 piksel selain setoran tersedia 16GB yang beroperasi pada RAM 2GB. Manakala kameranya lengkap 8MP di samping set pemproses Dual Core 1.5 GHz Krait.

Makan angin kejap..

          Ini bukan makan angin p cuti-cuti tu. Minggu ni sekolah, mana boleh p jalan-jalan. Cumanya, minggu ni rasa ringan sikit. Minggu sebelum cuti tahun baru cina, selesai sukan sekolah dan bola jaring PKP Kangar. Alhamdulillah, mcm tahun lepas, anak-anak didik ibu berjaya sebagai johan bola jaring untuk PKP Kangar. Memang anak-anak ini punya semangat kasukanan yang tinggi dan berdisiplin. Lebih mudah nak latih.


 Sesi latihan. Biasanya bermula jam 3.30 hingga 5.00 ptg, selepas tu anak-anak ni ada latihan olahraga.

 
 Friendly match.




2nd friendly match.



Ketika kejohanan PKP Kangar. Kat sekolah ada Kejohanan olahraga. 
Clash la pulak. Cayalah..kapten tgh betulkan skaf. She's a best captain dan sgt2 komited.
Dia jg best player untuk kejohanan kali ni. Congratz YM Sh Farah Adriana. Terbaeklah..



Para pemain dan cecikgu selepas dinobatkan sebagai johan. 
Tengoklah semua cikgu veteran ..Gentleman sebelah kanan tu is our PK1. He's so supportives.

          Selepas penat berbola jaring, next day sambung dgn kejohanan olahraga sekolah. Ini ja gambar yg ada. Yg lain semua guna kamera kwn2 lain.

          
          Selepas tu, cuti tahun baru cina. Minggu ni buka sekolah, ibu nak makan angin. Bukan makan angin goyang2 kaki, ya. Makan angin sbb kesibukan tu kurang sikit. Pagi mengajar mcm biasa sambil bantu guru2 praktikum apa yg patut (mgg ni ada obsvtn), cari peserta bercerita, edit cerita, buat bbm n etc. Sebelah petang memang kt rumah ja. Tak boleh turun padang (bola jaring) sbb padang diguna utk kejohanan bola sepak.Itu yg ibu kata makan angin tu..bukan jalan ke mana pun..Tp pg tadi dah ada kwn dari sekolah lain ajak friendly match. Tgh deal hari, sbb ptg esok ada mesyuarat bola jaring negeri, jadi kena hari lainlah..Budak2 bola jaring tahun 4 (pelapis lah tu..) dah tanya.."Cg, bila kita ada latihan?" Aduhh.. anak2.. cg baru nk makan angin.....

Sunday, 17 February 2013

Lamanyer mak aii..

          Lamanya ibu tak berblog. Orang lain pun kerja juga, sibuk juga, tp tetap punya masa update entri. Ibu ni tak taulah. Sibuk tu memang sibuk, tambah-tambah tahun ni sekolah ibu diumumkan sbg Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).Nak tau apa SBT tu, bolehlah rujuk sini. Bila dh dapat SBT tu, tugas dan tanggungjawabnya, mak ai..bertambah-tambah..Tapi semua staf di sekolah ibu dh bersedia mental dan fizikal sejak pencalonan untuk SBT lagi. Okey, hari ni macam ada kelapangan dan mood nak berblog pun kuat juga, so i'm here..
           Pagi tadi ke Padang Besar, memenuhi hajat ayah yang nak beli sandal. Hari ni hari terakhir cuti tahun baru cina, esok dh mula balik sekolah. Kat Padang Besar lengang sikit. Senang dan tenang nak membeli. Siap sempat berborak dengan peniaga2nya (setengahnya dh mesra sgt, sbb selalu datang).Semua gambar  bawah ni kat dalam pasar. Masa kat pasar, tetiba je teringat ada kamera dalam beg..

 Ada sabun muka, krim muka, bedak sejuk (kocok)..

 Selipar..

 Purse n wallet.

Beg tuk goodies..

          Ibu beli apa? Tak dak apa pun. Beli jajan (ikut bahasa ayah) ja. Mula nak beli beg LV (replika ja, gred yg paling murah tu). Ibu dh 2,3 kali tgk. Hrgnya x sampai RM100 pun..Selalu p, org ramai, x senang nak beli. Kali ni x da org..tapi...mak aii..beg pun dah tak da..Frust jg..Lepas tu jln2 kat kedai yg jual beg high gred. Tapi x kan ibu nk beli..kalau dh RM500 ke atas..ee sayang duitlah..Ibu ni bukan high class punya orang..cuma cikgu biasa ja..pakai yg biasa2 ja..Cuma tringin beg lv yg replika tu,sbb sebelum ni dh penah pakai, yg replika paling murah tu..tp mcm best..berbaloi beli pakai sampai koyak (agaknya kl beli yg high gred atau ori lagilah dahsyat penangannya)..tp x mgkn ibu nk beli yg mahal (bg ibu RM500 tu mahal, mgkn x bg org lain) sbb x sesuai dgn ibu..

Beg lv mcm nilah yg nk beli, tp hajat x kesampaian..

          Masa nk balik tgk ayah tersengih sambil menjinjing beg plastik. 
"Dpt sandalnya, yg?" tanya ibu. 
"Ada ni. Clark lagi."
"Clark?? Oi..dahsyat yang. Brp tu?"
"7500.......Baht.."
Apa lagi gelak besar ibu dan ayah. RM 75 lah tu..Faham-fahamlah Clark dari mana tu..Oklah dulu, jumpa lagi nnt..Tp x tau bila, ikut mood ibu. Esok sekolah balik setelah puas makan limau..Salam semua..

Tuesday, 13 November 2012

PERSEKOLAHAN 2013

Kalendar Cuti Sekolah 2013

Saja ja ibu letak entri ni, walaupun cuti akhir tahun sekolah baru bermula. Mungkin takwim ni dapat membantu sesetengah orang. Macam minggu lepas,  ada parent tanya cuti pertengahan tahun depan.Barangkali dia plan sesuatu untuk famili. Jadi, sesapa saja boleh lah tengok kalender sekolah  kat bawah ni...

Kalendar Cuti Sekolah 2013

Kalendar Cuti Sekolah 2013 2
KPM berhak mengubah tarikh cuti di atas sekiranya terdapat perkara khas yang perlu diutamakan terlebih dahulu.