Saturday, 24 March 2012
Seri Muka Pelangi
Beberapa hari lepas saja ja search blog tudung pelangi, dalm byk2 tu keluar pulak gambar seri muka pelangi. Cantiknya.. Terus je bukak blog tu. Tengok resepinya, bahan-bahannya simple ja. Tapi nk buatnya.. Tunggulah nanti bila dh cukup berani baru boleh buat. Takut tak jadi. Ibu kagum dengan ummizaidi sebab percubaannya memang menjadi.Resepi asal daripada chef yg mmg cukup terkenal, Chef Liza. Simpan dulu resepi ni, satu hari nanti ibu kena try gak. Sapa-sapa yang nak cuba boleh lah ambik resepinya. Klik ja sini
Sunday, 18 March 2012
Adik p kem
Mula tu adik jumpa cgu nak minta tukar unit berunifom sebab tak larat nak p latihan kawat. Latihannya qt tough bg adik yg x biasa lasak. Tapi x dapt tukar. Then adik kena p kem 4 hari. Hari ni balik muka ceria (w/pun letih) sbb dia kata enjoy. Alhmdllh, next time p lg dik..
Adik sblm p kem PKBM.
Thursday, 8 March 2012
Bilik Pemulihan 5 Bintang..
Bilik Pemulihan kat SRKSI ni mmg sentiasa ceria. Pernah dapat anugerah BP 5 Bintang.
Yang bertudung hitam dan biru tu ialah adik-adik (pangkat anak sebenarnya) dr IPG Perlis, opt pemulihan. Bertuah sggh tahun ni dapt bakal guru yg sgt2 rajin. Semua part depa nk involve. Tahniah IPG! Harap ipg lahirkan lebih ramai guru2 mcm adik berdua ni..very comited.
Setiap sudut dimanfaatkan oleh guru pemulihan yg berdedikasi ni.
Ini bekas2 comel yg disediakan oleh adik2 praktikl tu utk xtvt p&p..
Yang bertudung hitam dan biru tu ialah adik-adik (pangkat anak sebenarnya) dr IPG Perlis, opt pemulihan. Bertuah sggh tahun ni dapt bakal guru yg sgt2 rajin. Semua part depa nk involve. Tahniah IPG! Harap ipg lahirkan lebih ramai guru2 mcm adik berdua ni..very comited.
Setiap sudut dimanfaatkan oleh guru pemulihan yg berdedikasi ni.
Ini bekas2 comel yg disediakan oleh adik2 praktikl tu utk xtvt p&p..
Perpustakaan SRKSI
Ini perpustakaan kat SRKSI. Gurunya lelaki, tapi sangat rajin dan kreatif. Beberapa kali menang PSS terbaik.Saja nk share. Gambar-gambar ni snap dengan hp ja, jd gambarnya mcm kurang sikit la..
Monday, 5 March 2012
Ceria di Tahun 4 SRKSI
Gambar ni ibu ambik masa anak2 ni tengah khusyuk membuat latihan Sivik. Entah hari ni bole terperasan sudut2 kt belakang kelas 4G ni menarik. Snap je dgn hp kot bole dikongsi idea. Malah ada lg kelas-kelas tahun lain yg ceria, tp kt bangunan lain. Nanti kl ibu ada masa bole la shoot kt kelas lain pula...
Kelas 4G...
Bahagian hadapan kelas 4G...
Ini kelas 4B..sementara tunggu anak2 tiba dr surau..sempat le..shoot beberapa gambar..
Bahagian hadapan...
Kelas 4G...
Bahagian hadapan kelas 4G...
Ini kelas 4B..sementara tunggu anak2 tiba dr surau..sempat le..shoot beberapa gambar..
Bahagian hadapan...
Friday, 2 March 2012
Dinner Goreng Pisang..
Mgg lepas balik dr kedai, tgk kat atas meja..Mak aii..besaqnya..Pisang tanduk. Kata Kakak,"Papa bagi pisang tu. Elok goreng esok". Adik ipar tu mmg hobinya tanam pisang. Tapi pisang yg ditanam yg org Perlis tak tanam. Pisang nangka dan pisang tanduk. Ibu letak kat atas pinggan yg diameternya 35 cm. Panjang pisang tu lagi. Malam tu terus goreng. Sekejap ja dah habih. Anak-anak ibu semua suka.
Sebiji pisang dapat la sepinggan ni..
Lawannya kopi o kaw la..
Thursday, 1 March 2012
Bola jaring 2012
Umur ibu ni dh stgh abad, tp kena lg jd jurultih bola jaring. Bukan mahir sgt pun, tp dek kerana tugas buat juga la. Dekat 20 tahun latih bwh 12 tahun kt sekolah ja. Anak tny lama ibu buat kerja ni dapat apa? Ibu kata kalau kita asyik tny apa kita dpt, kita tak enjoy buat apa pun. Bila anak2 didik menang, jurulatihnya mendapat kpuasan. Tp sst yang pasti kat bahu ibu ni blaku koyakan (shoulder tears). Masa baru2 kena, sakitnya Allah saja yang tahu. Masa tu mengajar tahun satu (kelas KIA). tak boleh nak menulis kat papan hitam. Tangan tak boleh nak angkat langsung. Doktor suruhbuat oprtn (minor opr). Tapi, sampai sekarang tak buat pun. Masa tu mcm serik nk latih lagi.
Sekarang ni bila nk latih pandai-pandai la sesuaikan dgn keadaan yg dh byk bkurangan ni. Latih,latih jugak. Alhmdulilah dapt teman-teman yg komited. Macam dalm gambar kat atas tu. Itulah kawan2 yg banyak membantu team bola jaring sekolahku.
Tahun ni pasukan bola jaring SRK SI kurang dari segi saiz dan ketinggian, tetapi semangat tetap kental.
Dapat la juga tempat ke-3 MSSPs(Perlis).
Subscribe to:
Comments (Atom)


















