Wednesday, 20 February 2013

Beri hitam z10...

          Hp ibu mmg yg nokia klasik. Dh lama agaknya dh mula buat hal. Kdg2  miss call atau sms, dia x save. Maksudnya memori dia ada problem. Al maklumlah..dh lama pakai.. Saja tgk2 hp terkini, jumpa lah bb z10 ni. Tak da hasrat nk beli pun, sbb mahal sgt dan ibu pun x perlu hp yg canggih mcm ni. I just need the simple n basic one..x perlu androi bagai tu.. Ni saja..dh terjumpa saja share kt sini..



SPESIFIKASI BLACKBERRY Z10
HARGA BLACKBERRY Z10 DI MALAYSIA
          Telefon yang bakal beroperasi pada BlackBerry 10, Z10 dikatakan bakal dilancarkan di Malaysia dengan harga RM2,199.
           Z10 mempunyai skrin yang direka khas untuk input sentuh yang tepat menjadikan proses menaip pada papan kekunci BlackBerry lebih cepat menggunakan teknologi terkini untuk memastikan imej yang terperinci dan jelas.
           Peranti dan perisian BlackBerry 10 direka bersama-sama ciri baru iaitu Balance yang mampu membahagikan telefon BlackBerry kepada dua ‘peranti’ yang berasingan, satu untuk bekerja manakala dan satu lagi untuk kegunaan peribadi.
          Ia mempunyai dimensi:130 x 65.6 x 9mm dengan berat 137.5g bersama skrin 4.2 inci, 768 x 1280 piksel selain setoran tersedia 16GB yang beroperasi pada RAM 2GB. Manakala kameranya lengkap 8MP di samping set pemproses Dual Core 1.5 GHz Krait.

Makan angin kejap..

          Ini bukan makan angin p cuti-cuti tu. Minggu ni sekolah, mana boleh p jalan-jalan. Cumanya, minggu ni rasa ringan sikit. Minggu sebelum cuti tahun baru cina, selesai sukan sekolah dan bola jaring PKP Kangar. Alhamdulillah, mcm tahun lepas, anak-anak didik ibu berjaya sebagai johan bola jaring untuk PKP Kangar. Memang anak-anak ini punya semangat kasukanan yang tinggi dan berdisiplin. Lebih mudah nak latih.


 Sesi latihan. Biasanya bermula jam 3.30 hingga 5.00 ptg, selepas tu anak-anak ni ada latihan olahraga.

 
 Friendly match.




2nd friendly match.



Ketika kejohanan PKP Kangar. Kat sekolah ada Kejohanan olahraga. 
Clash la pulak. Cayalah..kapten tgh betulkan skaf. She's a best captain dan sgt2 komited.
Dia jg best player untuk kejohanan kali ni. Congratz YM Sh Farah Adriana. Terbaeklah..



Para pemain dan cecikgu selepas dinobatkan sebagai johan. 
Tengoklah semua cikgu veteran ..Gentleman sebelah kanan tu is our PK1. He's so supportives.

          Selepas penat berbola jaring, next day sambung dgn kejohanan olahraga sekolah. Ini ja gambar yg ada. Yg lain semua guna kamera kwn2 lain.

          
          Selepas tu, cuti tahun baru cina. Minggu ni buka sekolah, ibu nak makan angin. Bukan makan angin goyang2 kaki, ya. Makan angin sbb kesibukan tu kurang sikit. Pagi mengajar mcm biasa sambil bantu guru2 praktikum apa yg patut (mgg ni ada obsvtn), cari peserta bercerita, edit cerita, buat bbm n etc. Sebelah petang memang kt rumah ja. Tak boleh turun padang (bola jaring) sbb padang diguna utk kejohanan bola sepak.Itu yg ibu kata makan angin tu..bukan jalan ke mana pun..Tp pg tadi dah ada kwn dari sekolah lain ajak friendly match. Tgh deal hari, sbb ptg esok ada mesyuarat bola jaring negeri, jadi kena hari lainlah..Budak2 bola jaring tahun 4 (pelapis lah tu..) dah tanya.."Cg, bila kita ada latihan?" Aduhh.. anak2.. cg baru nk makan angin.....

Sunday, 17 February 2013

Lamanyer mak aii..

          Lamanya ibu tak berblog. Orang lain pun kerja juga, sibuk juga, tp tetap punya masa update entri. Ibu ni tak taulah. Sibuk tu memang sibuk, tambah-tambah tahun ni sekolah ibu diumumkan sbg Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).Nak tau apa SBT tu, bolehlah rujuk sini. Bila dh dapat SBT tu, tugas dan tanggungjawabnya, mak ai..bertambah-tambah..Tapi semua staf di sekolah ibu dh bersedia mental dan fizikal sejak pencalonan untuk SBT lagi. Okey, hari ni macam ada kelapangan dan mood nak berblog pun kuat juga, so i'm here..
           Pagi tadi ke Padang Besar, memenuhi hajat ayah yang nak beli sandal. Hari ni hari terakhir cuti tahun baru cina, esok dh mula balik sekolah. Kat Padang Besar lengang sikit. Senang dan tenang nak membeli. Siap sempat berborak dengan peniaga2nya (setengahnya dh mesra sgt, sbb selalu datang).Semua gambar  bawah ni kat dalam pasar. Masa kat pasar, tetiba je teringat ada kamera dalam beg..

 Ada sabun muka, krim muka, bedak sejuk (kocok)..

 Selipar..

 Purse n wallet.

Beg tuk goodies..

          Ibu beli apa? Tak dak apa pun. Beli jajan (ikut bahasa ayah) ja. Mula nak beli beg LV (replika ja, gred yg paling murah tu). Ibu dh 2,3 kali tgk. Hrgnya x sampai RM100 pun..Selalu p, org ramai, x senang nak beli. Kali ni x da org..tapi...mak aii..beg pun dah tak da..Frust jg..Lepas tu jln2 kat kedai yg jual beg high gred. Tapi x kan ibu nk beli..kalau dh RM500 ke atas..ee sayang duitlah..Ibu ni bukan high class punya orang..cuma cikgu biasa ja..pakai yg biasa2 ja..Cuma tringin beg lv yg replika tu,sbb sebelum ni dh penah pakai, yg replika paling murah tu..tp mcm best..berbaloi beli pakai sampai koyak (agaknya kl beli yg high gred atau ori lagilah dahsyat penangannya)..tp x mgkn ibu nk beli yg mahal (bg ibu RM500 tu mahal, mgkn x bg org lain) sbb x sesuai dgn ibu..

Beg lv mcm nilah yg nk beli, tp hajat x kesampaian..

          Masa nk balik tgk ayah tersengih sambil menjinjing beg plastik. 
"Dpt sandalnya, yg?" tanya ibu. 
"Ada ni. Clark lagi."
"Clark?? Oi..dahsyat yang. Brp tu?"
"7500.......Baht.."
Apa lagi gelak besar ibu dan ayah. RM 75 lah tu..Faham-fahamlah Clark dari mana tu..Oklah dulu, jumpa lagi nnt..Tp x tau bila, ikut mood ibu. Esok sekolah balik setelah puas makan limau..Salam semua..