Saturday, 23 March 2013
Negara kita..
Sapa2 yang tengok gambar kat atas tentu tau isunya. Kalau x salah ibu kehadiran kumpulan Suluk dari Filipina itu mula dikesan pada 11 atau 12 Februari yang lalu. Maksudnya dh lebih sebulan puak pengganas tu ada kat Sabah. Ibu mmg sangat mengikuti setiap perkembangan krisis ini. Kalau sblm ni ibu membaca s/khabar ala kadar saja (bukan x baca, tp baca sekali lalu). Bukan x suka membaca, tp ada sesetgh perkara ibu x suka spt perbalahan antara sebangsa dan seagama yang ibu nampak makin menjadi2 skrg. Bangsa ibu dh jadi hilang pertimbangan. Saling tuduh menuduh dan aib mengaibkan.
Tapi bila berlaku pencerobohan di Sabah, setiap hari ibu mesti baca suratkhabar, tgk tv, buka web2 dalam dan luar negara. Walau ibu hanya guru veteran, tp smngat ptriotisme ibu x pernah tua. Ini tanah air ibu, sama ada di Perlis, Kelantan, Sarawak atau Sabah, ini bumi Malaysia. Manusia apa yg begitu berani melangkah ke tanah ini, bermaharajalela dan membunuh anggota keselamatan kita. Walau apa pun alasan mereka, mreka x boleh sesuka hati membuat honar di sini.
Dan lebih sedih ibu, bila isu ini menjadi bahan pelbagai pihak untuk menangguk di air keruh. Ini pun jadi bahan politik?? Gila!! Memang orang politik x kan pernah sebulu. Itu ibu faham. Orang politik sentiasa mencari isu untuk mengalahkan pihak lawan. Itu juga ibu faham, sebab tu ibu x suka ambik tau.Tp alangkah indahnya kalau soal yang melibatkan maruah agama, bangsa dan negara kita bersatu. Kita sama-sama mempertahankan hak negara kita.
Negara kita juga sering diperlekehkan di Indonesia, sekarang kita juga dihina di Filipina. Di mana orang2 yg pandai bercakap tu? Berani mereka hanya di pentas sendiri. Sangat berani, sampai sanggup saman menyaman. Tapi apabila negara diejek di luar sana, mana mereka? Tak keluar langsung suara..Apa nak jadi tanahair ibu ni??..
Ibu x rasa ibu sorg yg rasa mcm yg ibu rasa. Ibu baca bebrapa web dan blog, ibu juga berbual dgn beberapa kenalan. Mmg ada golongan yg berfikiran mcm ibu. Risau dgn apa yg berlaku di negara kita. Tp ada ke org yg ambik tau dan prihatin dgn pandangan dan kerisauan org2 tak penting mcm kami..
Beberapa hari lepas, ibu ada terjumpa bekas anak murid, seorg doktor muda. " Tahniah, tercapai jg cita2 awak. Dh dewasa ni. Dh boleh mngundi ni..."
Jawab doktor muda tu,"Malaslah cg, bknnya saya tau nk pilih sapa. Depa ni semua sama. Kalau boleh kutuk org, kutuk rapat. Hipokrit.."
Sedih dengar ayat dia tu..Ramai ke yg mcm ni..Ibu kena buat sst kot kt sekolah. Apa agaknya yg boleh ibu buat kat anak2 di sekolah supaya kita dapat mengubah generasi akan dtg. Skrg ni pun kl mngjr ibu selitkan jg nilai2 kenegaraan, cintakan negara, menghargai keamanan dan menghargai pengorbanan pasukan keselamatan negara.
Buat wira2 negara yg telah kembali kepadaNya, ibu sedekahkan Al fatihah. Semoga keluarga mereka sentiasa tabah dlm meneruskan kehidupan ini..
Subscribe to:
Comments (Atom)

