Saturday, 26 May 2012

Alhamdulillah..

          Ingat tak ibu cerita pasal anak sedara ibu yg bersalin kembar tak cukup bulan tu? Setelah menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya kedua-dua twin tu dah boleh keluar hospital. Gambar kat atas tu baru sampai kat rumah dari hospital putra jaya. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Masa bersalin ari tu doktor kata 50-50. Kata mama twin, puas dah kena tebuk sana, tebuk sini, masuk darah entah berapa kali, last aritu buat operation sbb yg boy tu ada hernia..
  Yg dlm blue blanket tu tentulah Adam n pink tu Zara.
          Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut kisah kembar ni boleh la ke mama-anisfarhana. Semoga memberi kekuatan kepada ibu2 yang lain...

Thursday, 17 May 2012

Brunch..

          Hari ni cuti untuk warga Perlis. Plan nk p nat (pekan sehari) dgn kakak umai nk ambik gambar utk folio tak jd sebab hujan. Breakfast pun tak beli. Selongkar peti ajaib kat dapur, keluarkan apa yang ada. Terus masak. Pukul 10.00 am dah siap hidangan di atas. Kira brunch la ni..Hidangan hari ni semua orang tahu masak. Tapi ibu tepek juga resepinya...

Sambal Udang

Bahan:
1/2 kilo udang
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 biji bawang besar (1 dikisar, satu lg dimayang)
1 ulas bawang putih (cincang)
jus asam jawa
garam dan gula
3 - 4 sudu besar minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar kisar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan kisaran cili kering, kacau-kacau (bukan kacau-bilau) sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang ( kalau udang besar goreng dulu). 
4. Bila air udang agak kering tambah jus asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Tips: minyak menumis kena cukup, kalau tak, nanti cili tak pecah minyak dan tak berkilat. 

Gerut Masak Kicap
Bahan:
Sekor ikan gerut yg sedang (tempat lain tak tau panggil apa, mcm jenahak tp isi keras skit)
Sebiji bawang besar (mayang)
1 1/2 inci halia (mayang)
2 ulas bawang putih (hiris)
4 biji cili api (hiris memanjang)
1 biji cili hidup (hiris memanjang)
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
sikit gula
minyak masak

Cara:
1. Ikan dibersihkan, lumur garam dan kunyit. Perap sekejap dan goreng.
2. Panaskan minyak, tumis semua bawang dan halia.
3. Masukkan kicap dan tambah 1/2 cawan air. Biar mendidih.
4. Masukkan cili-cilinya.Biarkan layu bersama kuah kicap.
5. Masukkan ikan goreng. Apabila kuahnya mendidih masukkan perahan limau dan sedikit gula.
Tips: Boleh juga ikan lain seperti bawal dan kembung.

Buncis Goreng

          Hidangan ni tak dak resepi. Buncis potong menyerong. Karot dan cili hidup potong memanjang. Tumis bawang, masuk udang dan campur semua bahan yang dipotong tadi. Layu sikit, masukkan garam atau sedikit kicap. Dah...

Ayam Goreng Berempah
Bahan:
1/2 ekor ayam - potong dan bersihkan
3 ulas bawang putih #
1 biji bawang besar#
1/2 inci halia#
1 batang serai#
1 sudu teh ketumbar#
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh kunyit
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
# - ditumbuk
Cara:
1.Ayam diperap dengan semua bahan 20-30 minit.
2. Goreng sehingga berwarna keemasan.


          Rupanya kat dapur ada stok pisang raja. Ingat petang nanti nak goreng. Tapi special request drp kakak umai, nak serawa (pengat). Tengoklah kalau rajin . Markah murid-murid belum key in. Markah  sivik tahun 4. Edit folio kak umai lagi. Banyak keja ni..Tak cukup tangan. Tapi ibu dan lagi masuk post ni..Ha..ha..Dah, stop buat keja lain dulu..




Dirgahayu DYMM Raja Perlis

          Hari ini ialah hari kelepasan bagi negeri Perlis sempena sambutan keputeraan DYMM Raja Perlis.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena ulangtahun keputeraan tuanku yang ke-69.

DAULAT TUANKU!