Ingat tak ibu cerita pasal anak sedara ibu yg bersalin kembar tak cukup bulan tu? Setelah menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya kedua-dua twin tu dah boleh keluar hospital. Gambar kat atas tu baru sampai kat rumah dari hospital putra jaya. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Masa bersalin ari tu doktor kata 50-50. Kata mama twin, puas dah kena tebuk sana, tebuk sini, masuk darah entah berapa kali, last aritu buat operation sbb yg boy tu ada hernia..
Yg dlm blue blanket tu tentulah Adam n pink tu Zara.
Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut kisah kembar ni boleh la ke
mama-anisfarhana. Semoga memberi kekuatan kepada ibu2 yang lain...
No comments:
Post a Comment