Monday, 4 June 2012

Pemergian Tok Bah

          Lama tak masuk n3. Bukan apa, minggu ni minggu yang sedih buat seluruh keluarga ibu terutama sebelah suami. FIL(Tok Bah), ibu baru saja kembali ke rahmatullah pada 27 Jun yang lalu. Jadi, ibu dan famili berada di Johor lebih kurang seminggu. Sebelum tu Ayah balik sorang bergilir-gilir adik-beradik jaga Tok Bah kat hospital. Selang sehari lepas Ayah balik, famili kat Johor call Tok Bah masuk ICU. Hari Isnin malam kami bergegas bertolak ke Johor. Masa dalam perjalanan tu Toh Bah kembali. Esoknya, kami sampai lebih kurang pukul 8.30 pagi. Jenazah selamat dikebumikan lebih kurang jam 11.30 pagi. Hari Jumaat bertolak balik semula, tapi tidur kat KL semalam sebab Ayah rasa nak demam. Hari Sabtu selamat sampai kat rumah. Hari ni ibu baru habih mengemas, kain baju dalam beg baru habih dibasuh. Alfatihah buat ayahanda Mohd Said bin Mohd Zin, semoga rohnya dilimpahi rahmat Illahi..

No comments:

Post a Comment