Tuesday, 13 November 2012

PERSEKOLAHAN 2013

Kalendar Cuti Sekolah 2013

Saja ja ibu letak entri ni, walaupun cuti akhir tahun sekolah baru bermula. Mungkin takwim ni dapat membantu sesetengah orang. Macam minggu lepas,  ada parent tanya cuti pertengahan tahun depan.Barangkali dia plan sesuatu untuk famili. Jadi, sesapa saja boleh lah tengok kalender sekolah  kat bawah ni...

Kalendar Cuti Sekolah 2013

Kalendar Cuti Sekolah 2013 2
KPM berhak mengubah tarikh cuti di atas sekiranya terdapat perkara khas yang perlu diutamakan terlebih dahulu.

Friday, 14 September 2012

Mak ai, westernnyer..

         Sebenar-benarnya hidangan ni dh lama buat, lepas raya hari tu. Sebelum anak-anak balik ke asrama semula, ibu masak la ala-ala western ni. Ramai-ramai makan kan sedap. Semua bahan kebetulan memang dah ada, so masak aja la. Sos carbonara tu ibu guna whipping krim, lebihan buat carrot cake beberapa hari sebelumnya. Ibu ni, kalau sos carbonara, ibu tak berapa gemar makan dengan sphageti, sebaliknya ibu lebih suka spiral (pun baki yg dulu). Black pepper sos tu makan dengan chicken grilled. Basic resepi ambik dr anak sedara dan juga dr beberapa blog, tapi ibu dah ubah suai ikut apa yg sedia ada kat dapur ibu.

SOS CARBONARA
Bahan-bahan: 1/2 labu bwg besar
                      2 ulas bwg putih
                      250 ml freshmilk/whipping cream
                      750 ml air @ lebih (ikut nk pekat ke cair)
                      1-2 kiub ayam (ibu guna maggi)
                      sedikit isi ayam (ibu guna udang yg didice)
                      1tin cendawan butang (ibu x letak)
                      1-2 sudu besar tepung gandum
                      1 camt black pepper
                      1 camt oregano powder
                      garam, perisa
                      slice cheesa
Cara membuatnya: 1. Panaskan butter. Tumis bawang2 hingga layu. Masukkan udang/ayam. Kacau.
                             2. Masukkan cream/susu dan air.
                             3. Masukkan bahan-bahan lain. Bila mendidih barulah msukkan cheese.
                             4. Angkat apabila cheese cair.
SPIRAL - rebus sampai lembut, angkat, tos dan gaul dengan parmesan cheese (ibu x letak,xde stok)

          Terlebih dulu minta maaf kalau ada yg tertanya-tanya gambar apa kat atas tu. Snap dgn hp yg veterannya sama mcm ibu, jadi gambarnya mcm tu la. Sebenarnya  kat atas tu gambar ayam yg sedang digrill (ibu style). Nak buatnya senang sgt. Ibu guna ayam yg dibuang tulang (boneless). Ibu grilled atas burger pan ja.

CHICKEN GRILLED
          Ayam dimarinate dgn bwg putih, halia (tumbuk), serbuk black pepper, sedikit kicap, sos tiram, rosemary pwdr dan butter. Simpan lebih kurang 30 minit sebelum digrill.

SOS
Bahan-bahan: 2 biji kentang (potong dan goreng)
                      sedikit bwg goreng
                      serbuk black pepper
                      1 camb sos cili
                      sos tiram
                      2 camb gula
Cara membuatnya: Kentang goreng, bawang goreng dikisar bersama air sampai halus. Masukkan ke dalam   periuk, campur dgn bahan-bahan lain masak hingga mendidih. Kepekatannya terpulang kepada anda.

          Chicken grilled dimakan bersama sos dan apa aja sayur-mayur yg disukai. Sekian selamat mencuba...


Thursday, 12 July 2012

Mak ai, sibuknya ibu....

           Sibuknya ibu kebelakangan ni..Dah sebulan rupanya ibu tak berblog. Skrg pun masih sibuk. Belum ada kesempatan nak masuk post terkini. Anak-anak sibuk nak exam, so kena tgk2 kan juga. Atok pun tak berapa sihat. Boleh dikatakan setiap hari ulang alik jengah dia. Setiap Khamis juga ulang alik ke Alor Setar, jemput anak yg belajar kat sana dan hari Sabtu hantar balik (sebab dia cuti Jumaat dan Sabtu). Belum lagi kerja-kerja kat sekolah. Bila usia makin meningkat macam ibu ni, segala tindakan agak lambat. Tak berapa nak pick up macam dulu. Memori pun kurang.  Macam mana pun apabila keadaan mengizinkan, ibu akan kembali dengan n3 terbaru. Insyaallah...

Sunday, 10 June 2012

Fasha Sandha & Jejai di Perlis..


          Video ni ihsan kawan baik ibu yang menghadiri majlis persandingan Fasha dan Jejai di Perlis. Terima kasih buat AS. Tentunya seronok dapat lihat sendiri persandingan pasangan terkenal ni. Buat Fasha dan Jejai, "Selamat Pengantin Baru".

Thursday, 7 June 2012

Besday airish..

          Ini cerita  bebrapa minggu lepas. Ingat tak hari tu ibu cerita pasal anak sedara ibu yang bersalin pre mature twin. Anak dia yang nombor dua tu dia antar balik kg sebab kecik sangat lagi. Masa kat kg dia sambut besday dia yang pertama. Kesian tengok sebab mama dan papa dia jauh. Jadi sambut jugalah besday dia dengan atuk2 dan onyen dia. Ibu buat walnut carrot cake...




Resepi Walnut Carrot Cake
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang
Cara-cara
Kek karot..sedap ah..

  1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
  5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.
  6. Untuk hiasannya ibu guna cream cheese (1 ketul) di putar dengan gula (sukatan ikut selera, nak manis atau tidak) dan 1 sudu teh lemon jus, Kalau nak color, asingkan bebrapa bahagian untuk di warnakan. Then, hiaslah ikut kreativiti sendiri.                 Ibu juga sediakan puding rainbow. Tentu airish suka sebab so colourful dan nampak meriah
  7.      

Puding Rainbow









PUDING RAINBOW

Bahan-bahan:
*       2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
*       1350ml air paip
*       450gm gula pasir (ibu letak 300 gm )
*       130gm mentega
*       8 biji telur bersaiz sederhana - guna 4 biji pun ok gak
*       1 tin susu cair Carnation
*       2 sudu makan tepong custard
*       2 sudu makan serbuk koko
*       1 sudu teh vanilla
*       pewarna merah dan kuning secukupnya
Cara membuat:
*       Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan .
*       Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
*       Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
*       Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk, bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah.
*       Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras, tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat.
*       Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
*       Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

*********
          Gambar hidangan masa majlis tak adalah pulak. Gambar kat atas tu pun guna hp. Sapa tukang gambar aritu, tak ingatlah pulak..

Wednesday, 6 June 2012

Jemput-jemput udang pun boleh..

          Minum petang apalaaah juadahnya. Nak keluar malas, jalan tengah diupgrade. Pagi tadi dah keluar. Petang ni tak sanggup lagi nak meredah jalan yang berbatu-batu tu..Dalam ice box ada udang, daun bawang n daun kucai pun ada. Tanya anak-anak dululah..Si adik jawab,"Jemput udang pun boleh.." Apa lagi terus ibu godeh tepung dan bahan-bahan lain.
          Resepi tak payahlah no? Jemput-jemput, biasalah. Masukkan apa saja yang kita nak dan sukatan pun ikut selera sendiri. Suka udang, letak udang, kalau tak, bilis pun boleh.
          Kalau buat jemput-jemput berlauk ni,anak-anak akan request sosnya. Untuk membuat sosnya, tumbuk seulas bawang putih, campur dengan 1 sudu besar cili kisar, 2 hingga 3 sudu besar gula pasir, sedikit garam. Kacau sampai gula nampak berkilat. Kemudian, masukkan 2 sudu besar sos tomato dan sedikit air ( lebih kurang 1 sudu besar). Kacau hingga sebati. Dah siap bolehlah dijadikan pencicah jemput-jemput tadi. Ok itu saja untuk n3 kali ni. Wasalam.


Tuesday, 5 June 2012

Lunch soto je..

          Hari ni ibu malas  nak ke market (pasar-org Perlis ckp market) sebab jalan sedang di naiktaraf, construction sepanjang jalan, berbatu-batu dan dia buka satu lorong je. So, tengah hari ni tak dak nasi  dan lauk pauk. Makan soto je. Kalau ada yang buat, boleh ikut resepi di bawah.Resepi ni ibu ambik dari nennie.blogspot.com. Tabik nennie ibu cedok resepi ni. Mula tgk resepi ni macam semput kita sebab mak ai..panjang bejela. Tapi takkan nak derhaka kat resepi kot, nanti tak jadi soto pulak. Apapun, layan dulu resepinya..sedap ..best..
         
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam-dipotong 8
2 peket suhun
1 peket bawang goreng segera- kalau boleh buat sendiri lagi sedap
1 peket nasi impit segera- direbus
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 peket sup bunjut
200 grm taugeh
1.5 liter air (ikut pada selera masing2)
Sedikit kacang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK PERGEDIL :
10 biji ubi kentang (saiz besar)
1 biji telur
Sedikit daun bawang dimayang halus-halus
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR :
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

BAHAN REMPAH :
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
Ke semua bahan ini digoreng tanpa minyak selama 5 minit dengan api sederhana besar dan kemudian semuanya dikisar sampai halus.
BAHAN SAMBAL KICAP :
8 biji cli api
3 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya

CARA MEMASAK :
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar , goreng sehingga wangi dan kemudian masukkan pula bahan2 rempah yang sudah dikisar dan kacau sekejap sampai wangi lebih kurang dalam 4-5 minit , api dapur mesti la sederhana besar saja.
Kemudian masukkan semua air dalam dan juga semua ayam yang sudah dibersihkan tadi . Masukkan sup bunjut dan kacau sekejap , biarkan sup mendidih dan ayam masak . Keluarkan ketulan ayam yang sudah masak dan biarkan sejuk . Masukkan garam secukup rasa ke dalam sup dan juga daun sup/bawang yang sudah diracik halus-halus.
Untuk membuat pergedil pulak -Kupas semua ubi kentang dan dipotong kecil-kecil kemudian digoreng sampai kekuningan dan masak . Tumbuh semua ubi kentang ini sehingga lumat kemudian boleh di masukkan sebiji telur , daun bawang yang diracik halus secukupnya dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan sehingga sebati kemudian adunan ini boleh la di bentuk seperti sebiji bola kecil dan ditekan leper dan buatlah sehingga habis semua adunan pergedil ini . Panaskan minyak yang mencukupi untuk mengoreng pergedil ni , pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk yang sesuai dan telur ini dipukul sedikit macam nak buat telur dadar , celupkan ketulan pergedil dalam telur ini dan terus di goreng sehingga masak kekuningan semua pergedil ini.
Semua isi ayam di carik-carik dan diketepikan . Goreng suuhun , celur taugeh sehingga lembut dan boleh la di potong nasi impit.
          Part nak makan tu tak di tulis dalam resepi. Tapi ibu rasa semua orang tahu, kalau tak tahu tengok ja gambar soto ibu kat atas tu.

Monday, 4 June 2012

Pemergian Tok Bah

          Lama tak masuk n3. Bukan apa, minggu ni minggu yang sedih buat seluruh keluarga ibu terutama sebelah suami. FIL(Tok Bah), ibu baru saja kembali ke rahmatullah pada 27 Jun yang lalu. Jadi, ibu dan famili berada di Johor lebih kurang seminggu. Sebelum tu Ayah balik sorang bergilir-gilir adik-beradik jaga Tok Bah kat hospital. Selang sehari lepas Ayah balik, famili kat Johor call Tok Bah masuk ICU. Hari Isnin malam kami bergegas bertolak ke Johor. Masa dalam perjalanan tu Toh Bah kembali. Esoknya, kami sampai lebih kurang pukul 8.30 pagi. Jenazah selamat dikebumikan lebih kurang jam 11.30 pagi. Hari Jumaat bertolak balik semula, tapi tidur kat KL semalam sebab Ayah rasa nak demam. Hari Sabtu selamat sampai kat rumah. Hari ni ibu baru habih mengemas, kain baju dalam beg baru habih dibasuh. Alfatihah buat ayahanda Mohd Said bin Mohd Zin, semoga rohnya dilimpahi rahmat Illahi..

Saturday, 26 May 2012

Alhamdulillah..

          Ingat tak ibu cerita pasal anak sedara ibu yg bersalin kembar tak cukup bulan tu? Setelah menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya kedua-dua twin tu dah boleh keluar hospital. Gambar kat atas tu baru sampai kat rumah dari hospital putra jaya. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Masa bersalin ari tu doktor kata 50-50. Kata mama twin, puas dah kena tebuk sana, tebuk sini, masuk darah entah berapa kali, last aritu buat operation sbb yg boy tu ada hernia..
  Yg dlm blue blanket tu tentulah Adam n pink tu Zara.
          Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut kisah kembar ni boleh la ke mama-anisfarhana. Semoga memberi kekuatan kepada ibu2 yang lain...

Thursday, 17 May 2012

Brunch..

          Hari ni cuti untuk warga Perlis. Plan nk p nat (pekan sehari) dgn kakak umai nk ambik gambar utk folio tak jd sebab hujan. Breakfast pun tak beli. Selongkar peti ajaib kat dapur, keluarkan apa yang ada. Terus masak. Pukul 10.00 am dah siap hidangan di atas. Kira brunch la ni..Hidangan hari ni semua orang tahu masak. Tapi ibu tepek juga resepinya...

Sambal Udang

Bahan:
1/2 kilo udang
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 biji bawang besar (1 dikisar, satu lg dimayang)
1 ulas bawang putih (cincang)
jus asam jawa
garam dan gula
3 - 4 sudu besar minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar kisar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan kisaran cili kering, kacau-kacau (bukan kacau-bilau) sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang ( kalau udang besar goreng dulu). 
4. Bila air udang agak kering tambah jus asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Tips: minyak menumis kena cukup, kalau tak, nanti cili tak pecah minyak dan tak berkilat. 

Gerut Masak Kicap
Bahan:
Sekor ikan gerut yg sedang (tempat lain tak tau panggil apa, mcm jenahak tp isi keras skit)
Sebiji bawang besar (mayang)
1 1/2 inci halia (mayang)
2 ulas bawang putih (hiris)
4 biji cili api (hiris memanjang)
1 biji cili hidup (hiris memanjang)
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
sikit gula
minyak masak

Cara:
1. Ikan dibersihkan, lumur garam dan kunyit. Perap sekejap dan goreng.
2. Panaskan minyak, tumis semua bawang dan halia.
3. Masukkan kicap dan tambah 1/2 cawan air. Biar mendidih.
4. Masukkan cili-cilinya.Biarkan layu bersama kuah kicap.
5. Masukkan ikan goreng. Apabila kuahnya mendidih masukkan perahan limau dan sedikit gula.
Tips: Boleh juga ikan lain seperti bawal dan kembung.

Buncis Goreng

          Hidangan ni tak dak resepi. Buncis potong menyerong. Karot dan cili hidup potong memanjang. Tumis bawang, masuk udang dan campur semua bahan yang dipotong tadi. Layu sikit, masukkan garam atau sedikit kicap. Dah...

Ayam Goreng Berempah
Bahan:
1/2 ekor ayam - potong dan bersihkan
3 ulas bawang putih #
1 biji bawang besar#
1/2 inci halia#
1 batang serai#
1 sudu teh ketumbar#
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh kunyit
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
# - ditumbuk
Cara:
1.Ayam diperap dengan semua bahan 20-30 minit.
2. Goreng sehingga berwarna keemasan.


          Rupanya kat dapur ada stok pisang raja. Ingat petang nanti nak goreng. Tapi special request drp kakak umai, nak serawa (pengat). Tengoklah kalau rajin . Markah murid-murid belum key in. Markah  sivik tahun 4. Edit folio kak umai lagi. Banyak keja ni..Tak cukup tangan. Tapi ibu dan lagi masuk post ni..Ha..ha..Dah, stop buat keja lain dulu..




Dirgahayu DYMM Raja Perlis

          Hari ini ialah hari kelepasan bagi negeri Perlis sempena sambutan keputeraan DYMM Raja Perlis.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena ulangtahun keputeraan tuanku yang ke-69.

DAULAT TUANKU!

Monday, 30 April 2012

Minggu ini..



Video di atas ialah peristiwa minggu ini yang buat ibu tak senang. Kalau boleh biarlah video tu diambil kat negara lain, bukan kat tanah air tercinta ni. Tapi realitinya, ia memang kat Malaysia. Ibu bukansapa-sapa. Bukan pemimpin, bukan ahli politik. Ibu, cuma seorang guru yang sentiasa berusaha memberi pendidikan pada anak bangsa. Ibu terapkan nilai murni pada anak-anak didik, supaya mereka akan menjadi warga yang mempunyai jiwa dan jati diri yang teguh. Semoga generasi akan datang bukan golongan yang bertindak mengikut rasa. Tapi, sememangnya ibu bukan sapa-sapa. Akhirnya..ibu hanya mampu berdoa. Jangan kita jadi seperti Pak Kaduk..itupun kalau ada yang tahu alkisah Pak Kaduk..
 Alhamdulillah, gambar kat atas merupakan peristiwa minggu ini yang buat ibu suka sangat2. Akhirnya, setelah beberapa minggu bertungkus-lumus, selesailah sudah majlis walimatul urus anak saudara ibu, Mohd Asyraf. Syukur semua berjalan lancar dengan izinNya. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayar. Amin..


Sunday, 1 April 2012

Hanya PadaMu Ya Allah

Mohd Azahari
Huh... Adam dgn zara sekarang d nicu, dlm keadaan kritikal , pohon jasa tuan ,puan ,adik ,abg,kakak ibu ayah, dato nenek sedekah al fatihah .semoga anda semua di lindungi allah
· · Friday at 9:02pm via Nokia ·

Itu yang mula-mula dibaca ketika buka fb kemarin. Mohd zahari tu anak buah ibu. Sebak bila membacanya..
Tiada apa yang mampu dilakukan melainkan doa yang tidak henti2 buat cucunda Adam dan Zara. Kembar yang hampir 2 minggu dilahirkan, anak ke-3 dan ke-4 kepada anak saudara ibu. Kedua-dua kembar pra-matang itu dalam pengawasan doktor kerana beberapa masalah kesihatan. Ibu rujuk beberapa blog dan web untuk mendapat maklumat tentang pre-mature twin supaya ibu lebih memahami apa yang depa alami. Buat masa ini ibu dan ahli keluarga lain belum berpeluang menatap wajah Adam dan Zara kerana hanya mama dan papa  depa saja yg dibenarkan masuk ke nicu tu.

                                                              Ini bukanlah Adam dan Zara, sekadar hiasan je..
Kelahiran Pramatang
Sebelum waktu bersalin tiba, bayi akan berada selama 38 ke 42 minggu untuk keseluruhan tempoh kehamilan. Jika kelahiran sudah berlaku antara 20 ke 37 mingggu dalam tempoh kehamilan, ia dipanggil sebagai kelahiran pramatang.
Bayi pramatang selalunya akan mempunyai masalah kesihatan berkaitan organ mereka untuk jangka masa panjang, terutama sekali jantung dan hati mungkin belum sepenuhnya terbentuk dan matang selepas dilahirkan.  Bayi yang dilahirkan sebelum 24 minggu mungkin mempunyai peluang yang tipis untuk hidup. Jika wanita tersebut ingin meneruskan kehamilan sehingga 32 minggu dari tempoh kehamilan, kemungkinan bayi tersebut akan mengalami kurang masalah berbanding kehamilan awal. Semakin awal tempoh kelahiran, semakin tinggi risiko seorang bayi mengahadapi masalah kesihatan yang serius.
Punca
Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung, malah kepada mereka ynag sihat dan melakukan perkara yang betul. Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui. Bagaimanapun, faktor risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran pramatang:
1.
Terdapat sejarah dalam keluarga yang mempunyai kelahiran pramatang.
2.
Sesetengah komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).
3.
Terdapat jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal.
4.
Kecacatan pada bayi, cervik, rahim dan plasenta.
5.
Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.
6.
Kehamilan kembar.
7.
Membrane pramatang yang telah pecah: Lelehan keluar sebelum waktu kelahiran.
8.
Tidak kemampuan bahagian cervical untuk menutup dengan rapat. Keadaan ini mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage.
9.
Kekurangan rawatan untuk penjagaan kehamilan.
10.
Kekurangan berat badan sebelum mengandung.
11.
Hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun.
Risiko Terhadap Bayi
Seperti kenyataan di atas, bayi pramatang cenderung untuk menghadapi masalah kesihatan untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup. Semakin awal bayi anda dilahirkan, semakin tinggi risiko masalah kesihatan yang akan dihidapi. Risiko bayi pramatang ialah termasuk:  
1.
Sindrom kesukaran bernafas. Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
2.
Kesukaran untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan. Bayi baru lahir memerlukan penjagaan kesiahatn yang sempurna dan sokongan incubator.
3.
Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
4.
Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
5.
Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan.
Simtom dan Tanda-tanda Kelahiran Pramatang
Apabila mendapati ada tanda-tanda dan simtom-simtom bersalin sebelum tarikh jangka bersalin (TJB) tidak bermakna anda akan bersalin tidak lama lagi. Sesetengah orang yang berpengalaman menghadapi tanda-tanda dan simtom-simtom bersalin (TJB) mampu menguruskan kehamilan hingga ke tarikh tersebut. Bagaimanapun, jika anda mengalami tanda-tanda dan simtom-simtom seperti di bawah, sila berjumpa doktor anda secepat yang mungkin untuk mendiagnosis jika anda mengalami tanda-tanda bersalin pramatang atau sekadar menghadapi pengecutan otat rahim (contraction). Doktor anda akan cuba untuk melambatkan waktu bersalin selagi boleh.
1.
Mengalami pengecutan rahim (contraction) yang tidak berhenti.
2.
Sentiasa berasa kejang di perut.
3.
Berasa sakit dibahagian bawah badan,belakang dan punggung yang tidak henti-henti.
4.
Terdapat air yang berwarna merah cerah dan merah pekat yang keluar dari faraj.
5.
Merasa bayi menekan dibawah.
Rawatan
1.
Melambatkan waktu bersalin dengan ubat yang diberikan oleh doktor.
2.
Jika berlaku pecah ketuban, ubat akan diberikan untuk mengelakkan jangkitan.
3.
Corticosteroid akan diberikan untuk membantu organ bayi anda matang.
4.
Membenarkan kelahiran awal jika mendapati ibu dan anak  terlepas dari risiko selepas bersalin.
sumber : www.metromaternity.com/


Bagaimanapun, artikel di atas hanyalah sebuah artikel yang dihasilkan dengan kajian manusia. Jangan kita lupa takdir Allah itu mampu mengatasi segalanya.  Berdoalah dan tawakallah moga Adam dan Zara sentiasa dalam lindunganNya. Ya Allah hanya padaMu ku memohon, semoga kedua-dua cucundaku diberi kelapangan dan kesembuhan. Sesungguhnya ku amat tahu kesembuhan itu milik mutlakMu..Amin..

Saturday, 24 March 2012

Seri Muka Pelangi


 Beberapa hari lepas saja ja search blog tudung pelangi, dalm byk2 tu keluar pulak gambar seri muka pelangi. Cantiknya.. Terus je bukak blog tu. Tengok resepinya, bahan-bahannya simple ja. Tapi nk buatnya.. Tunggulah nanti bila dh cukup berani baru boleh buat. Takut tak jadi. Ibu kagum dengan ummizaidi sebab percubaannya memang menjadi.Resepi asal daripada chef yg mmg cukup terkenal, Chef Liza. Simpan dulu resepi ni, satu hari nanti ibu kena try gak. Sapa-sapa yang nak cuba boleh lah ambik resepinya. Klik ja sini

Sunday, 18 March 2012

Adik p kem

           Mula tu adik jumpa cgu nak minta tukar unit berunifom sebab tak larat nak p latihan kawat. Latihannya qt tough bg adik yg x biasa lasak. Tapi x dapt tukar. Then adik kena p kem 4 hari. Hari ni balik muka ceria (w/pun letih) sbb dia kata enjoy. Alhmdllh, next time p lg dik..

Adik sblm p kem PKBM.